Sebulan bernikah, suami bawa Nelydia Senrose ‘honeymoon’ ke Mekah

0
101
Oh My Media


Selepas mendirikan rumah tangga pada awal April lalu, nampaknya pelakon cantik Nelydia Senrose belum berkesempatan untuk berbulan madu bersama suami. Selepas sibuk menguruskan urusan kerjaya masing-masing, hari ini, Nelydia bersama suami telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah hari ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya pada tengahari tadi semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kehadirannya ke Mekah dan Madinah juga turut disertai oleh kakaknya iaitu pelakon berbakat, Uqasha Senrose. Manis bertudung labuh, Nelydia telah memohon ribuan kemaafan andai pernah melakukan sebarang kesilapan kepada semua.

Menerusi ruangan komen Instagram pelakon kelahiran Kelantan ini, rata-rata netizen mengucapkan selamat jalan kepada Nelydia dan suami serta Uqasha Senrose. Mereka turut mendoakan agar mereka semua mendapat Umrah yang mabrur.

 

Sebelum ini Nelydia Senrose telah diijab kabulkan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafez Halimi pada 6 April 2019 selepas lama berteka-teki mengenai hubungan cinta mereka.

Sumber : Nelydia Senrose

 

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here