“Selamba Uqasha peluk cium adik ipar. Esok2 kebas suami kakaknya..” – Netizen

0
212


Sedia maklum pelakon terkenal, Nelydia Senrose telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Hafez Halimi. Hubungan suami pelakon tersebut dikatakan akrab bersama ahli keluarganya yang lain walaupun mereka baru sahaja berkahwin.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video yang memaparkan gelagat kakak pelakon tersebut, Uqasha Senrose yang sedang berpelukan mesra bersama adik beradik yang lain termasuklah adik ipar lelakinya itu.

Artis yang berusia 27 tahun itu dikatakan telah bersalaman lantas mencium kedua belah pipi Hafez sebelum dirinya ingin beredar keluar dari rumah.

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengecam tindakan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu kerana tidak menjaga batas pergaulan antara mahram.

Haa kan dah kena kecam! Sebab tu kita kena tahu perkara yang elok dan perkara yang tak elok. Dari kecik lagi kita dididik supaya jaga batas pergaulan. Jangan terlebih mesra pulak.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here