Selepas dua hari koma, pelawak Kamal Chilok meninggal dunia

0
23


Selepas koma dua hari akibat kemalangan jalan raya, anggota kumpulan Chilok iaitu Mohd Kamal Shah Saharuddin meninggal dunia kira-kira jam 5.15 petang tadi di Hospital Putrajaya.

Perkara itu disahkan rakannya yang juga artis, Atoi Tohet yang  memohon supaya orang ramai mendoakan dan menitipkan al-Fatihah buat arwah.

Kamal mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya petang kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila arwah yang berusia 30 tahun itu tidak sempat bertanding di kerusi panas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Terdahulu, Kamal pernah menyertai MLM pada 2016 dan 2018 selain merangkul naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.

Sumber : Harian Metro

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here