Semua pengsan rumah kena rompak, rupa-rupanya dah kena calit minyak dagu

0
117


Walaupun zaman semakin maju, tidak hiranlah jika terdapat segelintir manusia, yang masih menggunakan ilmu kotor untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Seorang pengguna Facebook, telah berkongsikan pengalaman rumah sewanya dirompak tanpa disedari. Malah, turut dikatakan, perompak berkemungkinan menggunakan ilmu hitam untuk memudahkan kerja-kerja jenayah tersebut.

Gadis yang dikenali sebagai Fatien Abdul ini, mengatakan rumah sewanya dipecah masuk tanpa disedari olehnya dan juga rakan serumah yang lain. Dia juga menyatakan, semasa kejadian berkenaan terjadi, dia dan rakan-rakan serumahnya telah tertidur dengan serentak!

Ramai yang meluahkan rasa takut dan juga meninggalkan pesanan buat ahli keluarga masing-masing menerusi ruangan komen di posting yang ditulis oleh Fatien Abdul ini. Ada juga yang berkongsikan tips untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir ataupun buatan orang.

Dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada didalam rumah. Pastikan segala pintu dan tingkap ditutup dengan rapat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan lupa juga, untuk amalkan potongan-potongan ayat Al-Quran sebagai pelindung diri.

Sumber: Fatien Abdul.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here