Sepanjang hayat dengan al-Quran, warga emas ‘pergi’ seusai ajar mengaji

0
96


Hidup dan mati seseorang adalah rahsia daripada Maha Pencinta. Tiada yang dapat menidakkan cepat atau lambat jika ajal itu telah tiba.

Namun, sudah tentu kita semua mengharapkan agar kematian yang dilalui adalah dalam keadaan husnul khotimah iaitu kematian yang dicemburui.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, seorang warga emas telah didapati pengsan selepas mengajar mengaji di sebuah masjid sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir selepas rebah di ruang mengajar masjid berkenaan kira-kira jam 11 pagi  semalam dengan disaksikan beberapa orang yang hadir bagi mengikuti sesi pembelajaran di Masjid Wadihana, Mergong.

Menurut anak kepada allahyarham, Sheikh Zainul Mukhtar Sirajuddin Ahmad menerusi Berita Harian, bapanya dimaklumkan pengsan di masjid oleh ibunya. Namun, sesampainya dia disana, allahyarham sudah pun meninggal dunia.

“Pada mulanya saya dihubungi oleh ibu mengatakan bapa cuma pengsan di masjid, namun apabila ke sana, bapa sudah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan yang berada di situ.” 

Tambahnya lagi, kematian bapanya dikatakan begitu mudah apabila hanya rebah daripada tempat duduk dan terus ‘pergi.’ Sheikh Zainul juga memberitahu aktiviti harian allahyarham banyak bersama kitab suci al-Quran.

“Kematian bapa saya menjadi tular dan arwah dijemput dalam keadaan baik, di rumah beliau sentiasa dengan al-Quran, jika tidak mengajar beliau akan membaca al-Quran.”

Sheikh Zainul turut menyatakan bahawa bapanya kerap berpesan agar menjaga pertuturan dan adab dengan orang ramai. Hal ini adalah bertujuan untuk menjaga tali silaturrahim dengan seluruh masyarakat.

“Boleh dikatakan hidupnya hanya dengan kitab suci itu, dia juga ramai kawan dan anak murid, arwah sering berpesan supaya menjaga pertuturan dan menjaga adab dengan orang ramai.”

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook Harian Metro, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian warga emas itu. Walau bagaimanapun, mereka turut menyatakan bahawa betapa beruntungnya allahyarham kerana meninggal dunia ketika sedang beribadat dengan mengajar perkara berkaitan al-Quran kepada orang ramai.

Sumber : Berita Harian

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here