Serentak bercerai, Ain Afini dan Bella Astillah rela menjanda dari hidup dengan suami curang

0
30
Oh My Media


Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pasti yang diimpikan adalah sebuah kebahagiaan, namun siapa kita untuk menyangkal jika kebahagian yang diharapkan sebenarnya bukanlah milik kita.

Begitu jugalah dengan kisah Bella Astillah dan Ain Afini, mereka tidak saling mengenali, tetapi hakikatnya dua wanita ini berkongsi kisah yang sama, iaitu dicurangi suami.

Bagaikan satu kebetulan, selepas Ain Afini telah disahkan bercerai dengan PU Abu, tidak lama kemudian Bella Astillah pula mengesahkan telah berpisah dengan suaminya, Aliff Aziz.

Pasti bukan mudah buat dua wanita ini melepaskan insan yang dulunya mereka cintai, ditambah pula masing-masing kini sudah pun secara rasmi bergelar ibu tunggal.

Ain Afini diceraikan selepas dia enggan bersetuju untuk berpoligami bersama seorang wanita, yang dikenali sebagai Hana Azraa, manakala Bella pula, sudah cukup menanggung sabar dengan episod curang Aliff Aziz.

Masing-masing bergelar ibu, Ain Afini yang kini sarat mengandung bakal melahirkan anak tanpa lelaki bergelar suami di sisi, dan Bella bakal membesarkan anaknya, Ayden seorang diri.

Diharapkan mereka berdua tabah, semoga akan dapat pengganti yang jauh lebih baik dan mampu membahagiakan di dunia dan akhirat.

Sumber : mStar online

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here