Silat dulu baru dapat duit raya, gelagat remaja ini buat ramai geli hati!

0
217


Sambutan Aidilfitri kurang meriah sekiranya tiada pemberian duit raya buat saudara-mara. Walaupun baru seminggu diraikan namun pelbagai kenangan indah yang sukar untuk dilupakan pada setiap tahun.

Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh seorang lelaki Megat Zarif telah mengundang perhatian ramai di laman sosial.

Rakaman video berdurasi 41 saat itu memaparkan gelagat sekumpulan remaja yang sanggup bersilat demi mendapatkan duit raya.

Video tersebut telah meraih 444,000 tontonan dan 44,000 retweets oleh pelayar Twitter dimana rata-rata meninggalkan komen masing-masing yang meluahkan rasa terhibur dengan gelagat mereka ini.

Namun, terselit juga satu komen membandingkan sikap budak zaman sekarang yang tidak bersyukur dan kurang beradab ketika menerima duit raya.

Sumber : 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here