Suami aku ustaz selebriti , kantoi ada hubungan dgn janda founder skiincare di Kedah. Saat tgh mengandung aku dilepaskan

0
63841


Foto sekadar hiasan..Aku berkahwin umur 21 dan diceraikan umur 22 dan sedang mengandung. Suami seorang ustaz selebriti dan dikenali. Seminggu pertama kahwin, ada seorang perempuan whatsapp suami ucap tahniah atas pernikahan kami. Aku tahu siapa perempuan tu, suami pernah suka dia dan pernah ajak kahwin sejak lima tahun lalu tapi sepanjang hubungan kami, tak pernah wujud masalah tentang perempuan tu.

Aku ingat whatsapp tu berakhir di situ sahaja tapi aku salah. Lama kelamaan beberapa kali kantoi tentang hubungan dorang, kerap whatsapp senyap2 belakang aku. Alasan suami kesian tengok perempuan tu merayu2 nak dia kembali. Oh ya, perempuan tersebut seorang founder skincare di Kedah. Janda dan ada anak perempuan seorang.

Mula2 aku call perempuan tersebut dan cakap elok2 yang kita sama2 perempuan. Jangan jatuhkan perempuan lain sebab dia mesti tahu aku rasa apa, yelah dia pun pernah bercerai. Tapi yang dia jawab dia dengan suami aku sahabat dah lama dan dia tahu suami aku takkan putuskan persahabatan tu. Dua bulan lepastu suami ke umrah dan kat situlah mula nya keadaan jadi makin teruk.

Dua hari sebelum dia pergi umrah, aku terbaca whatsapp dia bersayang rindu dengan janda tersebut. Reemuk hati tapi aku diam je, makan minum aku sediakan macam biasa. Dia menangis2 minta maaf. Waktu hantar dia kat airport aku cuma cakap, sayang redha dengan semua silap abang. sayang harap abang berubah. Lepastu kami tetap macam biasa, selalu whatsapp even dia kat sana.

Then suami bagitahu dia terpaksa extend lagi 3 minggu sebab ada kerja yang perlu dia uruskan dan waktu dia bagitahu tu, waktu aku dapat tahu aku pregnant anak pertama kami. Aku beriya tunggu dia balik sebab nak kongsi berita ni kat dia! sebab kitaorg memang nak anak cepat dan dia kat sana tak habis2 doa dikurniakan zuriat. Baiknya Allah…

Dia beriya halang aku jangan ambil kat airport dan suruh ambil kat KL sentral je so aku peliklah sebab suami aku jenis yang susah nak berenggang dan semua benda kalau boleh nak aku buatkan. Hari yang dia sepatutnya balik, aku dah siap2 nak pergi ambil tiba2 pintu rumah ada orang ketuk dan dia dah sampai rumah pun. Terkejut aku tapi takdelah cakap apa2. Aku perasan perangai dia berubah tapi aku senyap je mungkin sebab aku pregnant kot so pelik2 aku rasa. Dia happy gila bila tahu aku pregnant! :’)

Seminggu lepas tu dia kata perlu pergi Ipoh sebab ada ceramah kat sana dengan ustaz2 yang lain. Tapi dia nak pergi naik bas. Hari dia nak pergi ceramah tu, hari aku final exam so aku bangun puukul 4.30 pagi macam biasa.

Uruskan baju, sarapan dia dan pagi tu aku jumpa tiket bas dia pergi Penang bukan Ipoh. Aku dah syak lain tapi sebab masa tu aku ada final exam so taknak rosakkan emosi. Aku hantar dia pergi dalam keadaan sebak, sedih kenapa tipu.

Sebelum masuk dewan, aku ws dia tanya kenapa abang tipu dan terus off fon. Aku memang takleh fokus dalam dewan so cepat2 je aku jawab dan terus keluar, aku buka fon ada banyak miscall dengan whatsapp. Dia cuma kata dia mmg ke Ipoh, nanti bas berhenti kat ipoh. Bodohnya aku percaya bulat2.

Sepatutnya dia balik hari yang sama tapi malam tu dia tak balik, alasanya demam tak larat balik. Pagi2 esok nya aku dah bangun buat bubur tunggu dia balik..sampai lah dah nak petang tak balik lagi. Kemudian adik ipar aku bising2, kami tinggal serumah. Rupanya dia tertengok IG story janda tu tengah dengan laki aku kat kedah. Re muk lagi hati aku.

Aku tunggu dia balik, bila dia sampai kl dia minta maaf sebab tak mampu kawal perasaan dia. Janda tu pun beriya call aku minta maaf. Aku ingat malam tu malam last benda ni akan berakhir. Tapi makin kerap dia ws, call janda tu even kat depan aku pun.

Aku whatsapp mak janda tu, tlg nasihatkan anak dia tapi mak dia pun sama je. Janda tu takde rasa besalah langsung even tahu aku pregnant. Alasan dia tak mampu tinggalkan suami aku. Maki hamun juga aku dengan dia, saakit dada aku fikir macam mana boleh wujud perempuan takde belas kasihan macam tu.

Suami cakap aku terburu2 buat keputusan whatsapp mak janda tu mcm orang takde agama. Tak aku bukan terburu2 tapi aku terdesak nak selamatkan rumah tangga aku. Sejak tu dia selalu pergi Kedah naik flight atau kereta, janda tu belikan tiket flight ke sana.

Suami keluar rumah suka hati, tak balik. Beribu juga dia bank in pada suami duit, hantar hadiah2 kat rumah kami. Mudahnya beli hati dengan duit… Selama ni suami memang lelaki yang baik pada aku, belikan aku macam2.. jaga dengan baik cuma bab permpuan dia failed. Aku tahu dia struggle dengan nfsu dia sendiri.

Ada satu hari tu suami ada shooting kat suatu tempat ni..dia pergi awal dengan alasan taknak rushing. Rupanya janda tu pun ada kat sana. Malam tu aku bleeding teruk juga, call whatsapp dia bagitahu tapi endah tak endah je. Aku ambil grab puukul 1 pagi pergi hosspital sendiri, waktu tu aku kat Terengganu bawa diri sebab dah kecewa sangat. Kene drip air sebotol then boleh keluar, aku balik kl terus tengahari tu.

Dipendekkan cerita berapa minggu lepas tu baru aku tahu yang suami sebenarnya dah balik awal dari umrah tapi pergi bercuti, aku pun dia tak pernah bawa pergi bercuti. Percutian tu dirancang janda tu sendiri dan dia yang ambil suami aku kat airport. Masa kat tempat suami aku shooting pun dorang luangkan masa sama2. Kat Kedah dan banyak lagi lah.

Yang lebih buat aku hancur, janda tu dah gugurkan anak suami aku sendiri. Walaupun aku tahu semua tu aku masih tetap nak pertahankan rumah tangga aku. Aku masih bangun setiap 5 pagi siapkan baju kerja dia, buatkan sarapan, siapkan keperluan dia tapi semua tu sia2. Sebab dia dah terikat dengan janda tersebut.

Aku menangis, merayu lah air mata drah mcm mana sekalipun tak mampu nak ambil hati dia balik. Aku siap beli baju tidur cantik2 nak ambil hati dia sebab sejak pregnant mungkin dia tengok aku selekeh tak larat.

Aku urut kaki dia malam2 sebelum tidur, kemas bilik cantik2 biar dia selesa walaupun masa tu dia tengah whatsapp perempuan lain. Niat aku buat sebab tu tanggungjawab aku, supaya aku ada jawapan depan Allah nanti yang aku dah usaha nak selamatkan rumah tangga aku.

Aku ingat lagi masa hari jadi dia aku cuma belikan hadiah tak sampai harga rm500 dengan nota ‘Selamat Hari Lahir suamiku sayang. Kebahagiaan abang, kebahagiaan sayang. Kalau Allah tak izinkan kita lama kat dunia, moga kita bersama balik atas sana’. Dan dia pijak2 hadiah tu masa bergaduh. Hadiah aku tak mahal mewah mcm mana janda tu bagi hadiah kat dia tapi itu ikhlas dari isteri yang terlalu cinta kan dia..

Sebelum dia ceraikan aku, dia hilang seminggu sebab kitaorg bergaduh. Dia muncul hanya untuk cakap dia akan nikah dengan janda tu sebab itu perempuan yang dia tunggu selama ni dan dia terus lafaz talak. Aku rasa reemuk, hancur hati aku. Setiap malam aku tidur dengan baju nikah dia untuk hilangkan rasa rindu tu, hari2 aku minta maaf kat anak dalam kandungan aku.

Aku rasa lost sangat sebab aku dah set masa nikah tu, dia lelaki aku akan hidup sama2 dunia akhirat.. Dan tempoh iddah aku akan habis tak lama lagi, aku masih berharap dia berubah ingat anak dia ni..Dia lelaki yang baik cuma tersilap pilih jalan. Dia buang isteri, anak dia, buang keluarga dia sendiri hanya kerana perempuan tu..Aku bersyukur sebab ada family sendiri dan family in law yg banyak support untuk kuatkan diri.

Semoga suami aku bahagia dengan pilihan dia. Semoga perempuan tu dapat uruskan dia sebaiknya, masakkan makanan dia suka. Memahami kehendak dan keperluan dia. Saat awak tinggalkan saya, saat awak yakin kebahagiaan awak bukan dengan saya, satu benda yang saya harap awak takkan menyesal dan betul2 bahagia.

Semoga Tuhan masih izinkan saya, anak kita akan bersama semula kat atas sana sebab anak kita selayaknya dapat kasih sayang sempurna dari ayah kandung nya. Dan sebab masa saya dengan awak terlalu singkat, banyak saya tak sempat berbakti sebagai isteri. Semoga bahagia tanpa kami. Saya tetap sayang abang dunia akhirat saya..

Buat awak, wanita yang berjaya runtuhkan rumah tangga aku. Semoga anak perempuan awak membesar dengan sihat dan berjaya tanpa merasai keluukaan besar yang saya rasa sekarang. Semoga hati dia tak diremuukkan seseorang atas kesalahan awak pada saya dengan anak. Kalau awak baca ni, semoga awak berubah dan jadilah isteri yang baik.

Manusia yang baik tanpa menyakiti sesiapa lagi. Kesaakitan yang awak rasa dengan suami awak sebelum ni tak mengizinkan awak untuk dapatkan sungguh2 apa awak nak dengan saakitkan perempuan lain. Sebagai seorang ibu, sepatutnya awak tunjuk contoh baik sebab kita akan jadi idola anak kita nanti.

Untuk anak umi, umi minta maaf.. umi gagal. Umi harap awak faham kenapa tiada satu susuk tubuh lain di rumah kecil kita nanti. Umi sayang awak dunia akhirat, membesar dengan sihat dalam rahim umi ya. Tak lama lagi kita jumpa :’) Maafkan umi.. Doakan aku selamat bersalin ya!

Jadilah suami yang bertanggungjawab dan amanah. Belajar hidup bersyukur dengan pasaangan anda. Rumah tangga perluukan dua2 pihak bekerjasama untuk make sure ia dapat diselamatkan dan aman. Dugaan masing2 berbeza tetapi kalau salah seorang tidak lepaskan tanggan, rumah tangga mampu diselamatkan lagi. Mulia kan lah isterimu, bersabarlah dengan dia sebab dia amanah untuk kamu.

Buat kaaum wanita, jangan lah bina kebahagiaan kamu atas air mata orang lain. Jika nak bermadu biarlah yang menyunting kamu itu isteri pertama. Poligami tu tak salah, yang salah selalunya adalah cara. Jangan dapatkan apa kamu mahu dengan menzalimi orang lain. Jadilah orang baik walaupun dilayan dengan tidak baik sebab pada akhirnya pengakhiran kita semua sama ; kemtian.

Antara komen netizen :

Muhammad Fitri –Kat komen semua sibuk mencari jawapan siapakah si ustaz dan founder janda anak seorang dari kedah itu.

Btw ustaz ini tidak mewakili kami para jejaka Melayu yang setia dengan pasaangannya. Perangai Janda ini juga tidak mewakili janda² yg baik hati yang lainnya ya.. hmmm

Nur Hela –Sapa boleh bagitahu nama entiti dua orang ni aku akan naikkan pangkat korang. Yg koperal jadi sarjan bawang. Yg sarjan aku up jadi mejar teruih

Aqma Lee –Kalau ppuan mengandung di ceraikan bukan ke jatuh talak lepas dia bersalin? Ke tak?.

Nik Zirwatul –“Don’t marry a guy just because he prays 5 times a day. There’s nothing outstanding about that quality. Stop being amazed by the basic.

Pay attention to :

– How they act when they’re angry.
– How trustworthy they are.
– How fair they are.
– How truthful they are.”.

Ichka Farhsna Sidek –sebenrNya dorg dah kawen sblm kawen dgn awk. lepas tu bpisah sbb kluarga tak suka. anak tu pun anak dorg bersama. lpas mak awk dgn mak dia aturkan perkahwinan korang, dia rujuk balik sbb pkir anak. tpi diam diam sbb tak nak luukakan hati awk. fmily ustaz mmng takpernah terima founder tu dan takkan pernah terima sbb bkn jenis penampilan tudung labuh mcm awk. dia biasa2 je tudung biasa, makeup. tak berniqab.

awk pun kenala beralah dan terima pnjelasan suami. kena redha slagi dia tak pkul dan bgi nafkah kat awk. jgn asyik jeles je dia pun nk kena adil dan saksama. keluarga ada dua kan.. awk plak pelajaran agama ckup, kena lagi paham..sekian shaja ulasan drama tv3 yg saya karang sndiri ini sbb sy tlmpau bnyk tgok drama.

Smber: PB via iiumc via edisimedia



Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here