Sudah bergelar jutawan, Aeril & Wawa mahu bantu ramai jadi kaya

0
156


Pasangan pelakon Wawa Zainal & Aeril Zafrel kini bersyukur apabila sudah bergelar jutawan selepas lebih tiga tahun menceburi bidang perniagaan kosmetik.

Namun Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia dan suami tidak boleh berasa selesa atau goyang kaki kerana masih perlu bekerja keras terutama bagi membantu stokis mereka.

“Kami sudah capai sasaran dan dapat apa diinginkan. Tapi, masih ada sasaran lain lagi iaitu nak bantu orang lain. Kami ingin berkongsi rezeki dengan semua stokis yang selama ini membantu dalam meningkatkan jualan.
“Satu perasaan yang puas apabila dapat bantu orang lain. Apatah lagi kami sudah melahirkan dua jutawan menerusi Wawa Cosmetic.
“Kami ada enam ketua, dua sudah jutawan dan menyasarkan empat lagi akan mengikut jejak dalam tahun ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Bagi Aeril pula, dan isterinya bukan jenis mementingkan diri serta mahu kaya sendiri kerana mahu berkongsi rezeki dengan rakan perniagaan.

“Kalau nak kaya seorang, tidaklah kami buat sistem stokis dan ejen. Lebih baik kami jual sendiri di platform membeli-belah atas talian atau farmasi,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here