Taeyang & Daesung tamat latihan serentak, BIGBANG bakal kuburkan populariti BTS

0
20


Dua minggu lalu, para peminat k-pop bergembira apabila G-Dragon ketua kumpulan BIGBANG ,akhirnya telah rasmi metamatkan latihan ketenteraannya selama dua tahun. Ramai yang menjangkakan menanti-nantikan kemunculan kembali kumpulan ini setelah kesemua ahli menamatkan latihan mereka pada tahun ini.

Pada pagi ini, sekali lagi kelab peminat BIGBANG, V.I.P telah berkumpul untuk menyambut dua orang ahli BIGBANG yang telah menamatkan latihan ketenteraan mereka hari ini. Ketibaan Taeyang dan Daesung telah disambut dengan meriah dengan himpunan oleh pemina-peminat mereka.

Kegembiraan terserlah diwajah kedua-dua ahli BIGBANG sejuruh sahaja keluar dari pusat latihan. Sejurus sahaja keluar dari pintu pusat berkenaan, mereka telah disambut dengan meriah oleh jeritan-jeritan daripada peminat mereka.

Taeyang dan Daesung bersama ahli kumpulan BIGBANG yang lain telah memasuki latihan ketenteraan pada 2017 tetapi pada bulan yang berbeza. Kembalinya mereka ke dalam industri hiburan Korea, telah diraikan dan menjadi satu fenomena dalam masa yag singkat

Latihan ketenteraan ini adalah wajib untuk dijalani oleh semua warganegara dan penduduk asal Korea.

Disebabkan sudah dua tahun tidak muncul di tempat awam dan kaca televisyen, Taeyang dan Daesung mengambil peluang keemasan ini dengan mendekati peminat-peminat yang hadir yang sudah lama menanti kemunculan mereka dan ahli BIGBANG yang lain.

Ramai yang mengharapkan BIGBANG bakal menyinari kembali industri hiburan dan nyanyian, serta mengubat rindu peminat dengan mengeluarkan lagu yang baru.

Pastinya ramai yang menantikan lagu-lagu dan album dari kumpulan BIGBANG, kan? Tahniah Taeyang dan Daesung! Selamat kembali BIGBANG.

Sumber: Taeyang, Soompi.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here