Tak pernah ‘ponteng’ Terawih, Wany Hasrita dilabel riak oleh netizen

0
70
Oh My Media


Sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam untuk menunaikan solat sunat Terawih apabila menjelang bulan puasa bagi merebut ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Penyanyi, Wany Hasrita juga tidak melepaskan peluang melakukan banyak amal ibadat tersebut untuk menambah keberkatan dan pahala yang ditawarkan pada bulan istimewa ini.

Baru baru ini, pelantun lagu Menahan Rindu itu memberitahu bahawa dia telah mengurangkan aktiviti seninya pada bulan ini kerana tidak mahu ketinggalan untuk menunaikan solat Terawih.

Hal ini kerana dia enggan mengulangi perkara sama apabila langsung tidak dapat menunaikan solat berkenaan sepanjang Ramadan tahun lalu.

“Kalau tak sempat ke masjid atau surau, saya buat di rumah. Alhamdulillah, setakat ini tak tinggal lagi”

Bagi Wany, solat Terawih boleh dilakukan di rumah sekiranya tidak sempat pergi ke masjid atau surau walaupun sibuk dengan tugasan seharian.

Tambah penyanyi berusia 26 tahun itu, dia bersyukur kerana dipanjangkan usia dan dipertemukan dengan Ramadan pada kali ini.

Walaupun begitu, kenyataan itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang apabila rata-rata netizen menuduhnya bersifat riak kerana menghebahkan tentang kebaikan yang dilakukannya.

Sumber : Harian Metro

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here