Tak sampai beberapa jam sekolah dibuka, 32 murid sesak nafas

0
1413

2 GURU PENGSAN, 32 MURID SESAK NAFAS, MUNTAH, LOYA

BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas.

Tinjauan Harian Metro ke beberapa sekolah sekitar kawasan ini mendapati antara sekolah yang memaklumkan murid dan pelajarnya mengalami simptom itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih dan SMK Nusa Damai.

Dilaporkan kira-kira 32 murid dan dua guru SK Kopok mengalami gangguan kesihatan manakala masalah sama turut membabitkan 19 pelajar SK Pasir Putih selain dua pelajar SMK Tanjung Puteri Resort.

Turut kelihatan di SK Kopok ialah Pengerusi Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz yang sepatutnya di lokasi untuk mengadakan lawatan pada hari sekolah dibuka semula hari ini.

Semua murid dan pelajar terjejas dilaporkan dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, mereka antaranya yang terjejas pada insiden minggu lalu.

Tidak sampai beberapa jam sesi persekolah dibuka, 32 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di sini kembali kecoh apabila mengalami sesak nafas, loya dan muntah.
:
Difahamkan murid-murid mula menunjukkan simptom tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum pihak sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan.
:
Pada masa yang sama, pelajar di beberapa sekolah yang terjejas sebelum ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Nusa Damai turut menerima nasib sama.
:
Sehingga kini, masih belum ada sebarang arahan sesi penangguhan sekolah daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here