Tolak ganjaran wang tunai, tukang cuci pilih untuk solat dalam Hijr-Ismail

0
66
Oh My Media


Kisah seorang pemuda menjadi tular di laman Twitter apabila dipilih sebagai tukang cuci bulanan terbaik ketika melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan Kaabah.

Menerusi sebuah posting, Kaykhusraw berkongsi sekeping gambar pemuda berasal dari Pakistan itu yang diberi peluang untuk bersolat di Hijr-Ismail sebagai ganjaran pekerja terbaik.

Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian.

Posting sama turut dimuat naik oleh PU Amin yang mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen dimana rata-rata meluahkan rasa syukur dan memuji bertuahnya pemuda berkenaan dapat diberi peluang untuk bersolat di situ.

Sumber : Kaykhusraw , PU Amin

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here