Tuah anak Betty Rahmad, ditahnik Habib Ali Zaenal Abidin

0
155


Tahnik ataupun belah mulut adalah perkara sunat dilakukan untuk membantu si bayi mudah bercakap apabila meningkat dewasa dan memperoleh keberkatan.

Begitu yang dilakukan pelakon, Betty Rahmad dengan membuat perkongsian video di laman Instagram mengenai cahaya mata sulungnya.

Putera sulung yang diberi nama sebagai Ardy Wira itu telah ditahnik oleh seorang ulama terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.

Walaupun sudah mempunyai beberapa batang gigi dan berusia tujuh bulan, anak kepada pelakon drama Adam dan Hawa ini amat bertuah dan berpeluang untuk melalui proses bertahnik.

Menjadi perhatian apabila Wira menggigit jari telunjuk sebaik benda manis dicalitkan ke dalam mulutnya dan kelihatan wajah pendakwah terkenal itu berkerut-kerut menahan sakit.

“Tapi kenapa kamu gigit tangan Habib sayang mommy? Semoga jadi anak soleh mommy & daddy,” katanya.

Di ruangan komen pula rata-rata pengikut Betty memuji kecomelan Ardy yang comel dan mendoakan semoga membesar menjadi anak yang soleh.

Terdahulu Betty dan suami, Ardy Shafiq atau lebih dikenali sebagai Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu.

Sumber : Betty Rahmad

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here