Tular kerana hebat baca berita, suri rumah ini dijemput jadi penyampai dalam Bulletin Utama TV3

0
58


Pasti masih ada yang ingat dengan gelagat seorang suri rumah yang menyertai #bacaberitachallenge, video memaparkan dirinya sedang membaca berita mendapat perhatian selepas dimuat naik oleh anaknya ke laman Twitter.

Mendapat ribuan retweet, siapa sangka tuahnya suri rumah tersebut menyertai pertandingan #bacaberitachallenge yang dianjurkan oleh pihak produksi TV3, berjaya terpilih menjadi 10 pemenang terbaik.

Menurut anak perempuannya menerusi tweet, dengan nama akaun Putrinurarisyaa, memaklumkan bahawa ibunya memang minat untuk membaca berita, dan kerana itulah ibunya memasuki pertandingan tersebut.

Video tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang kagum dengan cara ibunya menyampaikan berita, kerana kelihatan seperti profesional dengan gaya suara dan mimik muka mirip pembaca berita sebenar.

Malah, gadis tersebut itu juga sempat berkongsi video bloopers ketika proses rakaman berita dibuat untuk dihantar kepada #bacaberitachallenge, rupa-rupanya banyak juga dugaan sebenarnya.

Tuah viral, akhirnya ibu berusia 37 tahun itu berjaya mencapai impiannya, apabila dia terpilih untuk membacakan berita untuk Bulletin Utama.

Walaupun baru pertama kali, dapat diperhatikan kesemua yang terlibat dalam #bacaberitachallenge mempunyai bakat semula jadi, cara penyampaian dan intonasi mereka sudah seakan pembaca berita profesional.

Sumber : Putrinurarisyaa & Bulletin TV3

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here