Tunku Azizah Aktifkan Semula Akaun Twitter Selepas Dikejutkan Oleh Tengku Puteri Afzan

0
764

Tunku Azizah akhirnya aktif semula akaun Twitter.

Setelah 24 jam Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah  menjelaskan sebab baginda menyahaktifkan akaun Twitternya, baginda  Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah sekali lagi mengejutkan ramai pengguna media sosial itu pagi Sabtu.

 


tunku azizah aktif twitterMenerusi tweetnya pagi Sabtu, Tunku Azizah meluahkan rasa kecewa sebaik mengetahui polis menahan beberapa individu yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat di Twitter terhadap baginda baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar selfie terbaharu Tunku Azizah jadi pengubat rindu, lelaki tweet biadab buat permohonan maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah ‘bersuara’ sebab nyahaktif Twitter – “Bukan kerana saya kecewa, sedih atau marah dengan komen mereka”

“Afzan (Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah) kejut saya tadi “mama polis tangkap 2 orang!” Saya sedih, marah dan terus aktifkan Twitter.

tunku aziazah twiitter

Antara tweet Tunku Azizah pagi Sabtu.

“Tidak ada niat saya supaya mereka itu ditangkap polis. Saya sendiri beritahu pihak istana untuk beritahu polis jangan ambil tindakan.

“Saya ulang lagi, saya deactived bukan kerana mereka,” katanya.

Puteri Afzan ….. adalah salah seorang anakanda….

Jelas Tunku Azizah lagi, baginda menyahaktifkan Twitternya bukan kerana komen-komen negatif itu, sebaliknya disebabkan alasan peribadi.

“Namun hari ini saya amat sedih polis menahan individu-individu tersebut.

tunku azizah bersama agongTunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sejak bertahun-tahun, suami saya tidak pernah membuat sebarang laporan polis mengenai perkara buruk dikatakan terhadap kami… ini negara bebas,” katanya.

Malah Tunku Azizah meminta orang ramai supaya bertenang.

Chill people… like my daughters always tell me… Chill mama, whenever i’m upset.

“Walaupun selama ini saya dan suami dikeji, dituduh, dihentam dan dimaki hamun dalam cari.com. Kami berdua tidak pernah buat polis report.

“Dan saya tak pernah sedih malah ketawa bila baca… kerana Allah tahu saya siapa!” tulisnya.

sumber: mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here