(Video) ‘Kau memang nak kena tumbuk dengan aku!’

0
55


Viral di media sosial ketika ini klip video yang menunjukkan dua lelaki bergaduh di Tol Penchala menghala ke Kuala Lumpur. 

Dalam kejadian yang tidak diketahui tarikh dan waktunya itu, wanita dipercayai isteri kepada lelaki berbaju hitam merakam video kereta Mazda yang dipandu lelaki berusia lewat 40-an itu. 

Berdasarkan percakapan dalam video tersebut, pengadu mendakwa pemandu Mazda itu biadab dan membuatkannya berang. 

Isteri: “Haa terang-terang nampak nombor plat kereta kau. Ini **** biadab ni!” 

Suami: “Kau memang kena, kau memang kena tumbuk dengan aku. Lu memang mati punya! Lu memang kena mati punya!” 

Sebaik saja berhenti di tol, kedua-dua lelaki itu keluar dari berentap bagaikan tiada hari esok sambil diperhatikan oleh anak kecil si pengadu. 


Seketika pengadu meminta pemandu Mazda itu berhenti dari terus menyerangnya tetapi tidak diendahkan lalu kedua-duanya berentap sekali lagi. 

Sehingga kini, masih belum diketahui cerita sebenar kejadian itu. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here