“18 kali Wawa tolak permintaan saya nak baby. Kali ke-19, dia takde kekuatan..”

0
56


Baru-baru ini, pasangan selebriti iaitu Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal telah menimang cahaya mata pada 1 Disember yang lalu di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Andorra, Selangor.

Menerusi laman Instagram miliknya, Aeril berkongsi sekeping gambar dimana dirinya sedang menggendong bayi perempuan yang dinamakan AyyaSoffya bersempena sebuah masjid terletak di Turki.

“18 kali permintaan saya nak baby Wawa tolak. Kali yg ke 19 ni, Wawa tak ada kekuatan nak tolak, dia punya aura tu Masyallah!” tulisnya.

Nama AyyaSoffya  dipilih kerana masjid tersebut mempunyai rekaan seni bina yang sangat cantik. Oleh itu, mereka membuat keputusan bersama untuk menamakan bayi itu sejak sebelum lahir lagi.

Ternyata posting berkenaan menerima banyak komen warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon tersebut disamping mengucapkan tahniah buat pasangan terbabit.

Terdahulu, pendakwah Da’i Farhan telah mengeluarkan kenyataan dimana dirinya tidak mampu menolak untuk berkahwin dua setelah menerima sebanyak 18 pelawaan daripada ramai wanita untuk dijadikan sebagai isteri keduanya.

Sumber : Aeril Zafrel





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here