Orang kampung bakar kereta pemandu mabuk langgar 2 beradik kaki hancur

0
710

Kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk dilihat kembali menjadi-jadi. Lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa yang dilanggar oleh golongan ini sering kali dilihat berada dalam parah dan kritikal.

Semalam dilaporkan, terdapat seorang pemandu wanita yang memandu dibawah pengaruh alkohol mengundang padah apabila dirinya didakwa telah melanggar dua orang penduduk sekitar berkemungkinan merupakan adik-beradik.

Kejadian tersebut telah menyebabkan penduduk Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor dikatakan berang dengan kejadian terbabit dan bertindak membakar kenderaan pemandu wanita berkenaan.

Perkara ini dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 malam, semalam.

Menurut saksi yang berada ditempat kejadian, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan parah. Lebih malang lagi, salah seorangnya dikatakan hancur sebelah kaki akibat perlanggaran tersebut.

Abang kepada kedua-dua mangsa Hanniff Roslan mengatakan mereka berdua dalam perjalanan untuk menghantar burger yang dipesan oleh orang di dalam kampung.

“Lalu kot (ikut) depan Masjid Ara Kuda, tiba-tiba kereta mari masuk jalan mereka langgar terus.” katanya jelasnya.

Dia turut mengakui penduduk kampung begitu marah dengan sikap wanita yang memandu dalam keadaan mabuk. Tetapi, wanita berkenaan masih selamat penduduk walaupun telah bertindak membakar kenderaan dinaikinya bagi melepaskan kemarahan.

Pihak polis tempatan juga mengesahkan menerima laporan tentang kejadian berkenaan namun, enggan diulas lanjut.

Sumber: ProjekMM, Facebook.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here