23 kematian dilaporkan, kes baharu Covid-19 bertambah 235 lagi di Malaysia

0
11


Dalam sidang media yang dilaporkan sebentar tadi Ketua pengarah kesihatan memaklumkan bahawa kes positif Covid-19 bertambah menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2031 dengan 235 kes baharu dilaporkan.

Hari ini sahaja 4 kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes hari ini sebanyak 23 kes  dimana 2 kematian telah dimaklumkan menerusi Facebook Kementerian kesihatan Malaysia.

Kes kematian ke-22 pula dari dilaporkan merupakan warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Kematian ke-23 adalah warganegara lelaki berusia 68 tahun juga mempunya sejarah penyakit kronik.

Dalam kenyataan tersebut juga, Ketua pengarah kesihatan turut memaklumkan bahawa 80 anggota kesihatan disahkan positif Covid-19 namun bukanlah daripada jangkitan semasa merawat pesakit-pesakit positif Covid-19.

Sumber : KKM

 

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here