“3 bulan tanam jagung, duit tak cukup, masa tuai ramai tak beli sebab Covid-19…”

0
68


Sememangnya ketika ini ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan bagi membendung penularan pendemik Covid-19.

Walaupun akur dan faham dengan usaha kerajaan membendung wabak maut ini dari terus menular, namun melihat insan-insan yang mencari rezeki  dengan berjualan makanan dan barangan secara kecilan tidak mempunyai pendapatan pastinya terasa sebak.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang berasa kasihan melihat ayahnya yang menanam jagung  terpaksa berhadapan dengan kesulitan untuk menjual hasil tanaman pertamanya itu.

Menurut Haqeem, bapanya telah berusaha menanam jagung selama tiga bulan. Namun, apabila hasil sudah boleh dituai, tidak ramai yang membeli berikutan Covid-19 yang melanda.

Walau bagaimanapun, setelah posting Haqeem tular, banyak pihak telah menghulurkan bantuan bagi memasarkan jagung hasil kebun bapanya. Salah satu yang sudi membantu adalah dari Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA).

Oleh itu, dia mengucapkan terima kasih kepada FAMA serta warganet yang menularkan perkongsiannya itu sehingga mendapat perhatian ramai pihak.

Dia juga sempat memberitahu sesiapa yang ingin mendapatkan jagung boleh menghubungi terus bapanya kerana itu sahaja yang termampu untuk dirinya membantu bapa dalam kesulitan ketika ini.

Sumber : ikmalnurhakim

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here