5 bulan kerja tanpa henti, PM bagi Dr Noor Hisham ‘cuti’ buat sidang media hari ini

0
2345


Sejak bermula pendemik Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah antara individu yang kita lihat masih bertungkus lumus mengerah fizikal dan mental memikir cara untuk menghentikan wabak dari China ini.

Menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjadi antara sumber penting rakyat Malaysia untuk mengetahui perkembangan Covid-19 di negara ini.

Hari ini, setelah lima bulan bekerja tanpa henti, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, telah diberikan cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO), daripada membuat sidang media.

Justeru, hari ini pihak media dimaklum bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Covid-19 hari ini dibatalkan dan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru akan dikeluarkan oleh pihak KKM pada 4.30 petang hari ini.

Difahamkan, Dr Noor Hisham masih menjalankan tugas lain seperti biasa, dan hanya diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini.

Sumber : Harian Metro





Source link