Lima Negara di Asia Yang Sedang Kini Mengalami Gelombang Kedua Covid-19

0
1270
Lima Negara di Asia Yang Kini Mengalami Gelombang Kedua Covid-19

Gelombang Kedua Covid-19 di Negara Asia| Suasana di negara Malaysia semakin hari menunjukkan berlaku pemulihan daripada ancaman Covid-19.

Perkara ini ternyata banyak dibantu oleh kejayaan pihak frontliner perubatan serta pentadbiran kita, yang seharus menerima pujian atas kejayaan bagi meredakan kebimbangan akibat pandemik yang melanda serta sokongan kuat sistem perubatan kita yang berkesan.

Namun demikian, tidak semua negara di Asia turut sama berada mengikut jejak kejayaan ini. Terdapat beberapa negara pada ketika ini sedang menghadapi serangan gelombang kedua Covid-19 hingga menyebabkan pelbagai usaha yang telah mereka jalankan terpaksa diberhentikan.

Berikut adalah senarai lima buah negara  di benua Asia yang sedang atau diramalkan bakal mengalami gelombang kedua wabak virus Covid-19 tersebut.

11. China

Gelombang Kedua Covid-19 ujian covid 19 chinaChina kini menghadapi gelombang kedua Covid-19 setelah terdapat beberapa laporan jangkitan berlaku pada 11 Jun 2020 di sebuah kawasan pasar yang berada di bandar Beijing.  Kes berkenaan telah mengakibatkan berlakunya pertambahan bilangan kes baru kepada 328 kes kesemuanya.

Kes tersebut telah memecahkan rekod sifar kes negara China, selama 56 hari yang kosong sebelum ini.

Akibat penemuan kes baru ini, kerajaan China telah mengambil langkah dengan memperkenalkan kawalan pergerakan semula ke atas Beijing, serta meminta satu kajian terperinci dijalankan terhadap punca jangkitan virus ini di Pasar Xinfadi yang berada di daerah Fengtai.

Bagi memastikan tiada lagi jangkitan seterusnya yang akan berlaku, dalam tempoh beberapa minggu selepas jangkitan virus tersebut dilapor, pasukan perubatan China telah berjaya membuat saringan terhadap 7 juta penduduk Beijing dan mengarahkan penutupan semula sekolah, salon dan kedai makanan.

Kerajaan China telah  mengumumkan terdapat hanya satu kes baru yang ditemui di sekitar kawasan tersebut pada 1 Julai 2020. Pada masa sekarang, perintah kuarantin 28 hari mandatori telah dijalankan di Beijing dan masih lagi berjalan kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pesakit yang didapati positif.

Back