Lima Negara di Asia Yang Sedang Kini Mengalami Gelombang Kedua Covid-19

0
1971

Gelombang Kedua Covid-19 di Negara Asia| Suasana di negara Malaysia semakin hari menunjukkan berlaku pemulihan daripada ancaman Covid-19.

Perkara ini ternyata banyak dibantu oleh kejayaan pihak frontliner perubatan serta pentadbiran kita, yang seharus menerima pujian atas kejayaan bagi meredakan kebimbangan akibat pandemik yang melanda serta sokongan kuat sistem perubatan kita yang berkesan.

Namun demikian, tidak semua negara di Asia turut sama berada mengikut jejak kejayaan ini. Terdapat beberapa negara pada ketika ini sedang menghadapi serangan gelombang kedua Covid-19 hingga menyebabkan pelbagai usaha yang telah mereka jalankan terpaksa diberhentikan.

Berikut adalah senarai lima buah negara  di benua Asia yang sedang atau diramalkan bakal mengalami gelombang kedua wabak virus Covid-19 tersebut.

22. Korea Selatan Gelombang Kedua

warga korea selatan lockdown covid 19Korea Selatan sebelum ini adalah salah satu negara yang paling banyak menerima pujian kerana keberkesanan negara tersebut menangani penularan jangkitan Covid-19 semasa peringkat awal. Korea Selatan sejak Mei 2020 telah berjaya mengawal dan memperlahankan penularan jangkitan virus ini ketika  gelombang pertama.

Presiden Moon Jae-in semasa memberikan ucapan penghargaan atas usaha kerajaan mereka telah mendabik dada berbangga di atas kejayaan negara mereka pada ketika itu dengan dan beliau menggelarkannya sebagai ‘K-Quarantine’, sempena gelaran muzik popular mereka iaitu K-Pop.

Namun begitu, kes di Korea Selatan yang sebelum ini telah reda kini mulai meningkat semula pada sekitar 22 Jun 2020. Ini adalah disebabkan berlakunya penemuan beberapa kluster baru di bandar Seoul sehingga arahan larangan berkumpul serta penutupan beberapa lokasi awam telah diperkenalkan semula

Setakat 2 Julai 2020,  kes baru di Korea Selatan telah mencatatkan 50 kes baru di mana 44 daripadanya adalah merupakan jangkitan tempatan dan catatan ini adalah peningkatan tertinggi dalam tempoh 2 minggu sebelumnya.