“Adik aku jual laptop dia untuk bagi aku sambung ‘degree’…”

0
20


Kasih sayang antara adik beradik sememangnya sukar dipisahkan. Mempunyai perhubungan yang baik dengan adik-beradik merupakan antara rezeki yang tidak ternilai kerana bukan senang untuk mengukuhkan ikatan tersebut apabila masing-masing meningkat dewasa.

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada seorang pengguna Twitter, pemuda yang dikenali sebagai Hasnul Hadi telah menceritakan serba sedikit mengenai pengorbanan adik lelakinya.

Menurut Hadi, adik lelakinya telah bekerja keras bagi membantu menampung keluarga dan pembelajarannya sehingga sanggup menjual laptop sendiri bagi memberi laluan Hadi menyambung ijazah.

Tambah Hadi lagi, adiknya yang dikenali sebagai Hasnul Hafiz telah berkorban banyak perkara termasuklah waktu belajarnya demi untuk membantu ibu menampung keluarga.

Walaupun mempunyai masalah di tempat kerja, dia tetap gigih meneruskan usahanya dan kesedihannya diluahkan kepada ibu tercinta.

Oleh sebab itu, Hadi bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh dan menyelesaikan pengajiannya segera bagi membalas jasa adiknya itu.

Perkongsian yang dibuat oleh Hadi benar-benar menunjukkan betapa dia menghargai insan yang menyokong kuat dibelakang perjalanan kehidupannya.

Oleh sebab itu, muat naik pernghargaan yang dilakukan untuk adik tersayang telah mendapat perhatian warganet. Rata-rata mereka mulai menurunkan komen memuji pengorbanan yang dilakukan oleh adik kepada Hadi dan mendoakan agar mereka sekeluarga memperoleh kesejahteraan untuk masa akan datang.

Sumber : Hasnul Hadi

 

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here