Agong titah lakukan solat hajat lepas zohor dirumah masing2 serentak esok

0
9


Hari demi hari ada sahaja pertambahan kes positif Covid-19 di Malaysia. Setakat ini sahaja negara telah mencatatkan 21 kes kematian.

Barisan frontliner juga ada yang telah disahkan positf Covid-19 dan perkara tersebut sangat menakutkan kerana kekurangan tenaga perubatan boleh terjadi.

Oleh sebab itu, KDYMM Baginda Agong telah menitahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan solat hajat di kediaman masing-masing pada esok hari secara serentak.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri didalam Facebooknya sebentar tadi.

Waktu solat hajat tersebut adalah selepas waktu solat Zohor iaitu pada 27 Mac 2020 bersamaan dengan 3 Syaaban 1441H. Solat hajat ini akan dilakukan secara serentak untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Oleh itu, rakyat Malaysia beragama Islam diseru sama-sama turut serta bersama keluarga dirumah untuk mendoakan agar Covid-19 yang sedang menular di dalam negara dan juga dunia dapat dihentikan.

Sumber : Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here