Bapa Ain dakwa Pengetua gelar Ain ‘anak setan’? Terima amaran buang sekolah

0
19956

Sudah dua minggu berlalu, namun pelajar tingkatan lima Ain Husniza Saiful tetap menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan mengenai guru lelakinya yang membuat jenaka mengenai rogol.

Terbaru, bapa kepada Ain iaitu Saiful Nizam memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkongsi tangkap layar memaparkan komen seorang wanita yang menggelarkan anaknya sebagai ‘anak setan’.

Menerusi tangkap layar itu juga, maklumat terdapat pada akaun Facebook tersebut mendapati wanita terbabit adalah kakitangan di sekolah anaknya sendiri yang memegang jawatan sebagai pengetua sekolah.

“Sekali pun marah, beginikah adabnya? Siapa yang kurang ajar agaknya ya?,” tulis Saiful yang kecewa dengan komen berkenaan.

Meninjau ke laman Twitter pula, ada individu mendakwa bahawa komen tidak beradab itu ditulis dan ditinggalkan oleh anak pengetua berkenaan yang menghidap autisme.

Bagaimanapun menerusi pencarian, akaun Facebook milik wanita itu sudah dinyahaktifkan tanpa memberikan sebarang penjelasan terperinci mengenai komen ‘anak setan’ tersebut.

Selain itu, Ain turut mendedahkan dia telah mendapat surat amaran kerana tidak hadir ke sesi pembelajaran dan boleh dibuang sekolah jika gagal memberi sebab mengenai ketidakhadirannya.

Pada 24 April lalu, remaja berusia 17 tahun berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi sebuah video di platform Tiktok, sebelum menjadi tular Twitter sekali gus meraih perhatian ramai termasuk media antarabangsa.

Sumber: ohmymedia, Facebook Saiful Nizam , Twitter @maasweetsmile & @ant33ater