Ain Edruce SAH bergelar isteri ahli perniagaan. Video

0
488

Ain Edruce SAH bergelar isteri ahli perniagaan

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam ini pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, di sini.

Ain Edruce SAH bergelar isteri ahli perniagaan

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

“Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan.

“Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan.

“Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni,” katanya.

 

ain edruce sah jadi isteri ahli perniagaanAmirul Hafiz memakaikan gelang ke tangan Ain Edruce pada majlis perkahwinan yang berlangsung di Quill City Mall. – NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Ain berkata, dia terpikat dengan suaminya, yang dikenali menerusi Instagram, kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain.

“Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang,” katanya yang akan diraikan dalam majlis resepsi di lokasi sama, esok.

Pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu.

Biodata Ain Edruce

Ain Edruce dilahirkan dan dibesarkan di Taiping. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[7]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Ezzrin Loy yang juga adik pelakon Elfira Loy, namun berpisah akibat perbezaan kreatif.[8] Ain juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang kerabat diraja.[9] Beliau bagaimanapun tidak kisah jika ditanya mengenai soal perkahwinan.[10]

Ain bertunang dengan pelumba kereta Amirul Hafiz pada 22 Jun dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember.[11]

ain edruce

Pelakon, Ain Edruce, bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz, pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, sebentar tadi. – NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Kredit: Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here