Al-Fatihah.. Arwah sempat bersahur dengan keluarga sebelum ditemui tergantung

0
10681
polis marin gantung diri

Seorang anggota polis marin sempat bersahur bersama keluarganya sebelum ditemui tergantung di rumahnya di Taman Pertama, Sandakan pagi tadi.

Kejadian disedari isteri mangsa yang menemui suaminya itu dalam keadaan tergantung di ruang tamu rumah mereka, jam 7.30 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, anggota berpangkat Lans Koperal dan berusia 28 tahun itu bertugas dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.

“Hasil siasatan awal, anggota berkenaan mempunyai rekod kerja yang baik dan tiada bermasalah dengan rakan sekerja termasuk pegawai atasannya.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal-pasti punca kejadian.

“Difahamkan, anggota berkenaan turut menyambut hari lahir anaknya yang berusia tiga tahun malam tadi,” katanya ditemui.

Mayat dibawa ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

hmetro