Al-Fatihah: Jenazah Konstabel Norhalim selamat dikebumikan di kampung halamannya.

0
1841
norhalim tumiran

Temerloh, Pahang: 8 Mei 2021 – Jenazah Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran selamat disemadikan di kampung halamannya dekat Tanah Perkuburan Felda Bukit Damar, Lanchang, di sini, malam tadi.

Majlis penghormatan terakhir oleh ahli keluarga terdekat dan pengkebumian mengikut istiadat kepolisan itu diuruskan sepenuhnya oleh Polis Kontinjen Pahang.
Terdahulu, kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jenazah Allahyarham Konstabel Norhalim selamat mendarat di Pangkalan TUDM, Subang, Selangor dari Sibu, Sarawak, kira-kira jam 4.40 petang tadi.

BACA: Al-Fatihah.. Konstabel polis maut dengan kesan tembakan di kepala di atas sofa

Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga Allahyarham Konstabel Norhalim ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Polis Pahang