Al-Fatihah.. Konstabel polis maut dengan kesan tembakan di kepala di atas sofa

0
25297
polis maut atas sofa

Seorang konstabel polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai hari ini (6 Mei).

konstabel polis maut

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

polis maut di atas sofa

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Laporan mengenai kejadian diterima sekitar pukul 7:00 malam.

Menurutnya lagi, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

polis maut di atas sofaDia yang berasal dari Pahang baharu sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah di sini.
“Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa,” jelas Stanley lagi.

Konstabel berkenaan mempunyai isteri dan seorang anak berusia setahun.
Tambah beliau kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

konstable polis maut

Dipetik dari FB Raja Melaka

Oleh Michael Ubam , utusan borneo, FB Raja Melaka

Gambar: Polis