Al Jazeera berkeras – Laporan Yang dilaporkan Adalah Tepat dan Adil

0
725
al jazeera malaysia locked down

Al Jazeera berkeras – Laporan Yang dilaporkan Adalah Tepat dan Adil  |

Penyiaran dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” oleh stesen berita Al Jazeera pada minggu lalu telah menggemparkan rakyat Malaysia serta pihak berkuasa negara ini.

Sehubungan itu mereka telah diminta oleh rakyat negara ini untuk mengeluarkan siaran tersebut daripada portal mereka.

Namun pihak Al Jazeera masih tetap dengan pendiriannya kerana merasakan dokumentari yang dihasilkan tidak mengandungi kesalahan.

Mereka juga menolak tuduhan yang mengatakan dokumentari tersebut tidak tepat, tidak  adil dan mengelirukan penonton yang menyaksikan dokumentari yang dihasilkan oleh mereka.

Al Jazeera semalam menerusi laman web mereka telah menulis pendirian mereka dalam satu artikel  berkaitan isu ini bagi menjawab tuduhan orang ramai serta kerajaan Malaysia.

 

Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' | Harian Metro Berdasarkan artikel tersebut, mereka menyatakan pendirian tegas mereka serta menolak tuduhan pihak berkuasa Malaysia.

Selanjutnya pihak Al-mereka turut berpandangan bahawa mereka adalah merupakan satu agensi penyiaran yang sentiasa bersikap profesional dan mempertahankan kualiti serta kesaksamaan dalam kewartawanan.

Al Jazeera strongly refutes these charges and stands by the professionalism, quality and impartiality of its journalism.

Dokumentari  Banyak Menang anugerah

Dalam artikel tersebut, mereka juga mempertahankan kredibiliti dokumentari yang dihasilkan oleh mereka kerana pihak Al Jazeera adalah sebuah badan penyiaran yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam menghasilkan siaran berbentuk dokumentari.

Mereka juga menjaga reputasi dan kualiti yang tinggi dalam menghasilkan laporan yang mendalam.

Mereka turut mendakwa segmen dokumentari yang dihasilkan oleh mereka telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan menerima pelbagai anugerah yang berprestij di seluruh dunia.

 Wartawan Al Jazeera tak dibenarkan hadir sidang media

sidang media ismail sabri
TV3

Dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” itu dihasilkan melalui temubual wartawan mereka dengan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah mendapatkan pandangan dan pengalaman daripada doktor serta frontliner.

Dalam laporan dokumentari tersebut, mereka juga turut menyatakan yang Malaysia berjaya mengawal penularan virus Covid-19 ini.

Pihak mereka juga mendakwa mereka sudah banyak kali membuat permohonan untuk mengadakan temubual dengan pihak kerajaan Malaysia tetapi permohonan mereka ditolak.

Wartawan mereka tidak dibenarkan untuk turut bersama dalam sidang media oleh Dato Ismail Sabri, Menteri Kanan Kluster Pertahanan.

Namun di dalam laporan ini mereka turut mengambil beberapa kenyataan oleh Menteri Pertahanan yang dikeluarkan dalam dua sidang media.

Dokumentari ini turut memaparkan rakaman tindakan pihak berkuasa menjalankan aktiviti serbuan terhadap pendatang asing yang dirakam dan turut dilapor oleh media-media tempatan lain dari dalam dan luar negara.

Al Jazeera risau keselamatan pekerja dan orang yang ditemuramah dalam dokumentari

Al Jazeera
BH online

Menerusi artikel yang ditulis oleh pihak Al Jazeera itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan pekerja-pekerja mereka di negara ini yang kini telah dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak PDRM.

Charging journalists for doing their jobs is not the action of a democracy that values free speech. Journalism is not a crime.

Selanjutnya, berikut adalah terjemahan bahasa Melayu daripada artikel tersebut

Al Jazeera juga mempunyai kebimbangan yang serius terhadap gangguan di media-media online yang diterima oleh kakitangan mereka.

Wartawan mereka telah menjadi sasaran kata-kata kesat  dan turut menerima ancaman bunuh.

Maklumat peribadi kakitangan dan bekas kakitangan telah didedahkan secara atas talian, pelanggaran privasi yang serius ini berpotensi untuk mendedahkan mereka kepada risiko besar pada masa ini dan pada masa yang akan datang.

Maklumat Peribadi Terdedah Berleluasa

Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
cinca

Al Jazeera juga bimbang terhadap keselamatan mereka yang ditemuramah dalam dokumentari yang juga menjadi sasaran gangguan dalam talian dan ucapan kata-kata benci.

Seseorang itu harus diberikan kebebasan untuk bersuara dengan pihak media dan menyatakan pandangan mereka tanpa perlu ada rasa takut akan menjadi sasaran.

Dalam dunia di mana media menghadapi ancaman yang semakin meningkat, Al Jazeera meminta kebebasan media dan hak untuk melaporkan secara bebas tanpa sebarang ugutan.

Al Jazeera menyeru pihak berkuasa Malaysia untuk tidak memulakan siasatan jenayah terhadap kewartawanan profesionalnya yang tidak berat sebelah.

Al Jazeera turut mengatakan yang mereka bersedia untuk memberi peluang kepada wakil kerajaan Malaysia untuk menjawab sebarang hal yang dibangkitkan dalam dokumentari itu