“Allah Dah Bayar, Datang Ambil Je,” Warga JB Tak Ada Duit Nak Makan, Boleh Datang Restoran Ini Makan Percuma

0
333

 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kebaikan yang dilakukan pastinya akan diberikan ganjaran yang lebih hebat. Bukan itu sahaja, niat suci seseorang itu mencerminkan peribadi mulia serta ia dapat menjadi contoh kepada orang lain.

Baru-baru ini tular seorang pemilik kedai makan Ateyh Fried Chicken membantu orsang ramai yang memerlukan untuk diberi makanan secara percuma.

Menurut pemilik kedai ini kepada SK semasa dihubungi berharap insan-insan yang memerlukan datanglah ke kedainya, walaupun tidak semewah mana tetapi cukup menggembirakan hati mereka yang susah.

“ALLAH DAH BAYAR, DATANG AMBIL JE. TAK YAH MALU TAK YAH SEGAN.”

Tadi ada seorang hamba Allah datang kafe abang mintak makan. Katanya dah beberapa hari tak makan nasi dan kena buang kerja akibat PKP. Sebak hati bila dengar macam tu. Rupanya ramai yang terkesan akibat PKP.

Untuk warga JB, yang betul betul memerlukan, kalau takde duit nak makan nasi atau ayam goreng musim pkp ni atau anak anak nak makan ayam, tapi tak cukup duit nak beli, datang je kafe abang. Bagitahu staff abang atau abang sendiri bahawa takde duit nak makan. Takpe Allah ada , allah yang membayarnya. Takyah malu, makan la sampai kenyang. Semoga semuanya terbalas di akhirat sana.

Kawan-kawan, mohon share biar sampai pada yang betul betul memerlukan. Saya tahu pasti ramai yang terkesan akibat PKP. Allah swt sahaja yang mmpu memblas jasa kalian.

**Alamat: KAFE ATEYH FRIED CHICKEN
No 18 G , Jalan Kolam Air 2 , 80100 Nong Chik Johor Bharu .

Sumber: Ateyh Fried Chicken HQ

Source link