Alyssa Dezek: 10 Fakta Menarik Ramai Yang Nak Tahu Sangat Pasal Dia

0
1041
alyssa dezek 10 fakta yang ramai nak tahu

Alyssa Dezek: 10 Fakta Menarik Ramai Tak Tahu |Ramai mula sedar bahawa media Youtube boleh menjana pendapatan yang tinggi sekiranya benar-benar serius mengusahakannya.

Pendapatan yang tinggi ini tidak mengira sama ada seseorang itu muda atau pun dewasa.

Salah seorang youtuber terkenal di Malaysia ialah pelakon dan penyanyi kanak-kanak yang berusia 12 tahun iaitu Alyssa Dezek.

Baru-baru ini dia telah mendapat perhatian ramai kerana  kejayaannya membeli sebuah kereta jenama Toyota Vellfire walaupun dalam umur yang masih muda lagi.

Mengikut kata ibunya, Suzanne Sahri, tujuan Alyssa membeli kereta tersebut adalah untuk memudahkan dia bergerak ke lokasi penggambaran yang dijalankan.

Walaubagaimanapun, ada di antara kita yang masih belum mengetahui tentang latar belakang Alyssa serta latar belakang kerjayanya dalam industri hiburan.

1Alyssa Dezek: 10 Fakta Menarik Ramai Yang Nak Tahu Sangat Pasal Dia

Lagu untuk kamu alyssa dezek

1. Nama sebenar Alyssa Dezek adalah Aryanna Alyssa Dezek baru-baru ini tular berita mengenainya setelah membeli sebuah Toyota Vellfire.

Kereta mewah tersebut dianggarkan berharga RM250,000.

Beliau telah membeli kereta tersebut hasil daripada wang yang diterima dari saluran YouTube miliknya setelah memuat naik video-video menarik sejak kecil lagi.

2. Alyssa dilahirkan pada 21 April 2008 dan merupakan anak pertama daripada dua beradik dan mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Aaron Dezek.

 

Biodata Alyssa Dezek, Penyanyi Lagu Untuk Kamu | Iluminasi
Alyssa bersama ibu bapa dan adik lelakinya.

3. Alyssa mula popular setelah videonya yang dimuat naik ke saluran youtubenya ketika menyanyikan lagu Kun Anta sambil bermain ukulele.

Humood Alkhudher yang merupakan penyanyi asal lagu itu turut menonton video tersebut dan  menyatakan keinginannya untuk bertemu dengan Alyssa bila datang ke Malaysia nanti.

4. Alyssa telah menyertai program Ceria All Star terbitan Astro ketika berusia tujuh tahun kemudian dia sekali lagi dijemput untuk menyertai program Astro yang lain iaitu Ceria Mega Star.

5. Ketika menyertai program Ceria All Star, beliau telah mendapat pelbagai tawaran berlakon dalam beberapa drama seperti  Patahnya Sebelah Sayap,Anak-Anak Ibu. dan Kasut Bola Pink.

Back