Amanat terakhir, cikgu Ghani minta sampaikan 1500 kampit beras sebelum meninggal dunia

0
39


Pemurah dan selalu berbuat amal kebaikkan, itulah yang dapat digambarkan mengenai seorang bekas guru bernama Abd Ghani Haron atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ghani.

Namun, menerusi perkongsian di Facebook milik Allahyarham Abd Ghani, memaklumkan bahawa arwah telah meninggal dunia sekitar jam 5.35 petang semalam di Tikam Batu, Sungai Petani.

Untuk pengetahuan ramai, kisah Cikgu Ghani yang suka bersedekah dan membantu fakir miskin pernah mendapat liputan media, kerana kemuliaan hatinya menjadi inspirasi ramai.

Bagaikan sudah tahu bakal dijemput Ilahi di hujung hayatnya, bekas guru berusia 63 tahun sempat meminta isteri Che Su Desa, dan anaknya menyampaikan sedekah 1,500 kampit beras lima kilogram kepada orang ramai.

“Sebelum ini, memang arwah sering berpesan sekiranya dia meninggal dunia, arwah nak sedekah 1,500 kampit beras pada hari jenazahnya dibawa ke masjid…”

Menurut isterinya, dia dan anak-anak akan tetap meneruskan kerja amal sebagaimana arwah suaminya yang dilakukan bersama dengan bersama rakan Facebook yang memberi kepercayaan kepadanya.

“Kami akan meneruskan kerja amal yang selama ini diusahakan arwah selagi diberi kepercayaan tapi mungkin tidak sekerap seperti masa arwah ada…”

Di ruangan komen laman Facebook milik arwah, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dengan pemergiannya, yang disifatkan sebagai satu kehilangan yang besar.

Arwah meninggal dunia selesai menjalani pembedahan membuka tiub dialisis itu akibat jangkitan kuman, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

Sumber : Harian Metro & Abd Ghani Haron





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here