Amin Idris menangis ketika rancangan TV ‘live’ Terkejut Anak di asrama buat ‘video call’,

0
13832

Stesen Penyiaran tempatan telah menyiarkan berbagai program rancangan televisyen di sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak pada tahun ini. RTM melalui saluran TV1 telah memperkenalkan satu program baru bertajuk Borak Dulu #baruberbuka yang bersiaran secara langsung pada pukul 7 malam.

Amin Idris telah bertindak selaku tonggak utama iaitu sebagai pengacara dan program yang dikendalikan olehnya  itu turut mengundang beberapa selebriti terkenal untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pandangan berdasarkan topik rancangan.

Sedutan siaran langsung Borak Dulu #barubuka yang dijalankan semalam telah mula tular di media sosial di mana ia memang benar-benar menyentuh hati warganet apabila pengacaranya, Amin Idris tidak dapat menahan untuk menitiskan air mata apabila menerima satu panggilan video..

Pada mulanya, pihak penerbit memaklumkan satu panggilan masuk diterima seseorang bernama Wardah. Ketika Amin memberikan salam, ia dijawab dengan “Daddy apa khabar? Daddy rindu akak tak?” sehingga pengacara tersebut kelihatan bingung.

Keadaan talian yang tidak jelas itu membuatkan Amin tertanya-tanya perihal soalan yang diajukan sebelum akhirnya beliau sedar pemanggil tersebut rupa-rupanya adalah anaknya yang kini berada di sekolah berasrama.

Tidak lama kemudian, dia juga menitiskan air mata dan anaknya yang bernama  Qistina  juga  hanya mampu terdiam serta turut menangis merindui daddynya itu.

Amin Idris juga sempat memuat naik momen hiba itu di ruangan Instagramnya dengan mengakui langsung tidak menyangka bahawa panggilan itu dari anaknya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kejutan yang bermakna buat dirinya kerana dia memang merindui anaknya yang kini tinggal di asrama.

Melihat daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai faham kenapa panggilan berkenaan sedikit delay kerana Amin Idris tidak memandang monitor dan baru menyedari pemanggil itu anaknya setelah menjeleng sedikit monitor ditepi.

@radiotelevisyenmalaysia

Sebak min tengok masa berbuka semalam 🥲 #fypシ #fyp #foryoupage #explore #foryou #fypdongggggggg #rtmklik #borakdulubarubuka #rtm75

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Sehubungan dengan itu, ramai yang turut sama menitiskan air mata melihat situasi sebak antara anak dan ayah yang berlaku secara spontan. ada diantara mereka juga turut mengalami perkara sama apabila terpisah dengan anak-anak yang belajar jauh dari rumah.

Sumber: RTM Malaysia, Amin Idris

ohmymedia