Anak2 tahan air mata hilang ibu tercinta, pemabuk gelak sakan lepas langgar mangsa

0
294


Kemalangan yang berpunca daripada seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk disifatkan sangat kejam kerana mangsa kemalangan tersebut maut manakala suaminya cedera parah. Pemandu Proton Iswara yang juga seorang lelaki berbangsa India itu dilihat masih boleh tergelak selepas melanggar peniaga nasi lemak.

 

Mangsa yang dikenali sebagai Roslinda Mohamad Isa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya Mat Subri Saad parah dan dibawa ke hospital.

 

Semasa di hospital anak-anak arwah dilihat sugul menanti jenazah ibunya di bilik mayat dan ternyata gambar itu begitu meruntun hati. Roslinda telah meninggalkan tiga orang cahaya mata yang dikenali sebagai Muhammad Razin Naufan, 20, Nur Syafiqah, 18, dan Muhamad Syamim, 14.

Gambar tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata berasa hiba dengan apa yang berlaku dan seakan menyalahkan pemandu mabuk tersebut.

 

Sumber : Penang Kini

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here