Home Trending Anakanda Permaisuri tamat latihan di UK, sertai Askar Melayu di tanah air

Anakanda Permaisuri tamat latihan di UK, sertai Askar Melayu di tanah air

0
33


Ibu mana tidak teruja apabila mengetahui anak mereka yang berada di perantauan akan menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Tidak terkecuali bagi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menzahirkan rasa syukur apabila anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dijangka pulang pada 13 Disember ini.

Kegembiraan tersebut dikongsi baginda menerusi sebuah posting di laman Twitter dengan memuat naik sekeping gambar putera raja yang berusia 24 tahun itu.

“InsyaAllah pada 13 Disember, tamatlah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst (United Kingdom),” titah baginda.

Tambah baginda, Tengku Hassanal akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 Kuantan, Pahang selepas tiba di tanah air.

Malah baginda dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan untuk menghadiri majlis tamat latihan Tengku Hassanal di negara berkenaan pada 13 Disember nanti.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi warganet dimana rata-rata mengucapkan tahniah buat Tengku Hassanal dan selamat berkhidmat di tanah air Malaysia yang tercinta.

Sumber : Twitter





Source link

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here