Dah Elok2 Anwar Jadi PM, Tun M pilih Shafie Apdal Pulak.. Sekali Anwar Bersuara

0
1966

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik, beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri blok pembangkang.

shafie apdal

Membuat hantaran di media sosial, Anwar menulis dengan huruf besar,” tolak politik tipu helah.”

“Politik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan.

“Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang,” katanya yang mengulang soalan yang diutarakannya semalam.

Hari ini, Anwar turut berkongsi video yang mengandungi rakaman petikan daripada ucapan dalam talian yang disampaikan beliau semalam.
“Dalam keadaan sekarang ada yang menangguk di air keruh, ada yang sekonyong-konyong nak muncul jadi juara…

“Tetapi apa yang saya nak tegaskan balik pada landasan.

Baca : Buka ‘loud speaker’, Anwar Ibrahim telefon ulama dunia minta doa perjuangan parti

tun m pilih shafi apdal jadi pm“Politik ini bukan sepak terajang politikus untukk sekadar mencari helah taktik untuk merebut kuasa. Politik adalah terkait dengan urus tadbir, persoalan rakyat.

“Apakah dasar yang dikemukakan? Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang, lapuk rasuah menindas seperti yang berlaku, sekarang atau pun dahulu,” soal MP Port Dickson dalam video yang dikongsinya itu

TOLAK POLITIK TIPU HELAH

TOLAK POLITIK TIPU HELAHPolitik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan. Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang? ‬

Posted by Anwar Ibrahim on Friday, 26 June 2020

Rancangan Pakatan Harapan untuk merebut kembali Putrajaya tersekat apabila PKR menegaskan bahawa Anwar dan bukan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang perlu menerajui kerajaan.

Bagaimanapun,DAP dan Amanah mahu Anwar berkompromi dan menjadi timbalan Mahathir selama enam bulan sebelum mengambil alih perdana menteri.

Berhadapan jalan buntu, Mahathir memutuskan untuk menarik diri daripada persaingan ke jawatan itu.

sumber: