“Arwah Ashraf pelawa saya ke rumah & tunaikan solat..” – Hisyam Hamid

0
83


Kenangan dan kebaikan yang dilakukan Allahyarham Ashraf Sinclair masih menjadi bualan rakan selebriti dan sahabat baiknya termasuk pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid.

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, tanggapan terhadap Ashraf yang disangka sombong setelah mencipta populariti di negara sebarang meleset sama sekali selepas bertemu dengan arwah.

“Arwah sangat baik dan merendah diri. Saya teringat sesi latihan pada hari Jumaat. Saya, arwah dan Remy Ishak berlatih sehingga basah kuyup berpeluh.
“Tanpa diduga, arwah mempelawa saya dan Remy ke rumahnya untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Jumaat.
“Saya tak sangka dilayan begitu. Arwah beritahu kami sudah seperti adik-beradik. Daripada situ, terserlah sikap arwah yang mulia. Beliau sangat menyenangkan dan positif dalam banyak perkara,” katanya.

Mereka bertiga merupakan pelakon drama bersiri eksklusif Dosa yang menjalani penggambaran di Indonesia pada tiga tahun lalu.

“Saya jatuh sakit ketika berada di sebuah pulau untuk menyudahkan penggambaran. Arwah datang menjenguk di bilik untuk melihat keadaan saya dan memberi minyak terapi.
“Arwah berpesan sapu minyak itu pada kaki dan pakai stokin. Keprihatinan arwah ketika itu membuatkan saya terharu… Sampai begitu sekali dia mengambil berat kawan-kawan,” ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital MMC, Jakarta pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

Sumber : BH Online





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here