AS & Israel bakal berhadapan dengan Iran, tuntut bela kematian Qasem Soleimani

0
84


Semalam gempar apabila dimaklum bahawa Komander tertinggi pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Qasem Soleimani, terbunuh dalam satu serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS).

Serangan berlaku di ibu kota Baghdad, Iraq menyaksikan helikopter AS menurunkan roket mengena tepat kereta yang dinaiki Timbalan ketua Hashed al-Shaabi atau Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis, Qasem Soleimani.

Susulan daripada serangan tersebut, Iran memaklumkan akan menuntut bela di atas kematian Qasem Soleimani. Menurut jurucakap PMU, Ahmed al-Assadi berkata, Amerika dan Israel bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini.

Difahamkan, selepas daripada serangan tersebut, Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett memanggil ketua-ketua perisikan dan tentera bagi mengadakan satu mensyuarat tergempar.

Dalam pada itu, Media Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan awal berkata, serangan roket berhampiran terminal kargo udara, membakar dua kenderaan dan mencederakan beberapa orang.

Dimaklumkan, serangan yang diarahkan oleh president Donald Trump bertujuan “menghalang rancangan serangan pada masa akan datang oleh Iran.”

Sumber : Bernama & Ismaweb





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here