Askar pencen sedia turun padang, berkhidmat demi negara perangi COVID-19

0
11


Walaupun sudah bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia, namun demi mahu bersama-sama berbakti untuk negara, seramai 350,000 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) kembali berkhidmat.

Menurut Presidennya, Datuk Ismail Abidin, kesemua ahli yang rata-rata berusia dalam lingkungan 40-an telah menawarkan diri untuk bersama-sama membantu menguatkan barisan hadapan dalam mengatasi krisis wabak ini.

Tambahnya lagi, demi memastikan keselamatan negara terjamin anggota yang masih berkeupayaan, rela membantu kerajaan dalam apa jua cara yang bersesuaian untuk melawan COVID-19.

“Kita masih berkeupayaan sebab kita tengok ramai ahli PVATTBM atau veteran ini yang masih muda. Usia mereka yang baru berhenti daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekitar 40 hingga 50 tahun…”

Dalam pada itu, terdapat beberapa foto anggota pencen sedang bersiap sedia untuk menyumbangkan bakti mereka, untuk bersama-sama menyertai operasi Covid-19.

Semangat seperti ini yang kita perlukan, diharapkan kesemua anggota yang terlibat dipelihara daripada terkena jangkitan wabak Covid-19.





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here