Ayah baru meninggal, Khairulaming mohon maaf sebab lama tiada video masak2

0
112


Sesiapa yang mengikuti video-video masakan selebriti media sosial pastinya mengenali figura bernama Khairulaming. Kerap menghidangkan resepi mudah masakan di Instagram miliknya, dia telah menjadi rujukan sesiapa yang gemar mencuba masakan mudah.

Namun, sejak kebelakangan ini, Khairulaming dilihat begitu jarang memuat naik video masakan sebelum ini. Ia sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya buat peminat setianya yang ternanti-nanti video masakan daripada pemuda tersebut.

“Yang penting dia dah tak sakit”

Semalam, Khairulaming telah memuat naik satu posting di media sosialnya memaklumkan berita sedih apabila kehilangan bapa tersayang.

Dia mengakui perkara yang paling ditkuti akhirnya terjadi namun mereka sekeluarga redha dengan apa yang berlaku.

Menerusi positing itu juga, Khairulaming turut memaklumkan ketiadaan video masakan seperti dahulu adalah disebabkan memberi fokus kepada allahayarham bapanya yang kurang sihat.

Jadi, dia memohon maaf kepada mereka yang kerpa bertanyakan kehilangannya sebelum ini.

Susulan daripada itu, rata-rata peminat serta sahabat handainya telah meninggalkan komen diruangan Instagram pesonaliti tersebut dengan mengucapkan salam takziah diatas kehilangan bapa tersayang.

Mereka jugam mendoakan agar roh allahyaram ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap supaya keluarga Khairulaming terus bersabar menerima ujian daripada Allah S.W.T.

 

Sumber : Khairulaming





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here