“Ayah kau hidup lagi…” -Permintaan terakhir, bapa uzur merayu anak datang jenguk

0
28


Sebagai seorang anak, apabila sudah dewasa kita sepatutnya mengasihi dan menjaga kedua ibu bapa sebagai membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita.

Tetapi apakan daya, apabila sudah uzur dan tidak mampu mengurus diri, maka perkara itulah yang selalu menjadi beban kepada anak-anak sehingga sanggup mereka mengabaikan orang tua.

Seperti satu video yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang ayah yang sedang meniti usia uzur, masih menantikan kehadiran anak-anak untuk menjenguknya sementara nyawa dikandung badan.

Difahamkan, warga emas itu mempunyai empat orang anak dan sejak dia dimasukkan ke hospital selama empat tahun, tidak ada seorang pun datang menuntut atau pun menjenguknya.

Di dalam video tersebut, warga emas itu meminta agar anaknya datang menjenguk dirinya yang masih lagi hidup, namun tidak meneruskan kata-kata kerana matanya sudah bergenang sebak mengenangkan nasib diri.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut, meluahkan rasa sayu mengenangkan nasib warga emas ini, yang tidak jemu menantikan kehadiran anak-anak.

Sebak hati ini melihat sekujur tubuh tua ayah sanggup merayu kehadiran anak, menanti untuk melihat wajah-wajah mereka buat kali terakhir dalam hidupnya.

Sumber : Dari Alam Angker





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here