Ayah lari mak tak balik2, calon UPSR tak lalu makan KFC ingat adik lapar di rumah

0
364


Umum sedia maklum bahawa ketika ini sedang berjalannya peperiksaan bagi para pelajar tahun enam di sekolah rendah. Ujian  Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan peperiksaan besar pertama yang harus ditempuh sebelum ke sekolah menengah.

Namun begitu, bukan semua pelajar bernasib baik dapat melayani debaran peperiksaan itu dengan tenang di samping sokongan ahli keluarga.

Menerusi perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Khadir Abd Jalil, dia telah mendengar kisah seorang pelajar tahun 6 yang hidup dalam keadaan daif daripada temannya.

Terpanggil untuk membantu, dia telah membawa pelajar tersebut dikenali sebagai Putri untuk menjamu selera di restoran makanan segera seusai pulang dari sekolah.

Putri telah menceritakn serba sedikit mengenai dirinya serta kehidupannya sekeluarga kepada Khadir. Ternyata cabaran pelajar berusia 12 tahun ini sangat besar sehingga pemuda itu tidak dapat menahan sebak.

 

Oleh hal yang demikian, Khadir telah mengambil inisiatif dengan beberapa orang kenalan untuk menziarahi keluarga Putri dirumahnya dan menghulurkan sedikit bantuan.

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak tersebut.

 

Mereka juga memuji tindakan yang diambil oleh Khadir yang secara sukarela membantu meringankan beban Putri dan adik-adiknya yang masih kecil.

 

Sumber : Padaedi Sandakan

 

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here