Sambutan hari raya Aidil Fitri sebelum-sebelum ini disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan apabila dihadiri sanak keluarga meraikan kemenangan menemuh buan Ramadhan.
Namun begitu suasana pilu menyelubungi satu keluarga ini yang telah dikongsikan di media sosial. Apa lagi pemergian insan tersayang mereka berlaku hanya sehari sahaja sebelum hadirnya Syawal pada tahun ini memberikan tamparan yang cukup hebat buat ahli keluarga yang masih hidup.
Itulah saat pilu dan sedih yang dialami oleh Puan Siti Solehah apabila ayahnya yang tercinta terbabit dalam nahas jalan raya dua hari yang lalu.
Arwah ayahnya bukan sahaja terkorban dalam keadaan yang tragis, malah pemilik kenderaan yang melanggarnya langsung tak meminta maaf atas kejadian kemalangan tersebut.
Apa yang menyedihkan lagi, Puan Siti Solehah juga tidak sanggup dan tak sampai hati untuk minum air tebu terakhir yang sempat disimpan oleh arwah ayahnya itu.
Puan Siti Solehah turut berkongsi di mana arwah ayahnya selalu bertanya kenapa anak-anaknya tidak boleh balik beraya tahun ini walaupun memang sudah diterangkan ada sekatan untuk merentas negeri.
Justeru, Puan Siti Solehah ingin mengirimkan beberapa hadiah serta sekeping nota sebagai pengganti diri. Tetapi sayangnya semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT kerana ayahnya telah terkorban dalam kemalangan dan tak sempat untuk menerima kesemua hadiah yang diberikan tersebut.
Sebagai seorang anak, Puan siti Solehah mengaku cukup sedih dan terkesan apabila arwah ayahnya tidak lagi dapat mengetuai laungan takbir raya pada tahun ini dan beliau berharap agar orang ramai dapat menitipkan doakan supaya mereka sekeluarga tabah menyambut Syawal tanpa insan tersayang mereka tahun ini.
Sumber: Facebook Puan Eha
sumber: kisahdunia