Serius Lawa Ayda Jebat Berhijab Bikin Ramai Yang Cair – “Manisnya!”

0
1312

Ayda Jebat yang muncul dalam drama Bukan Gadis Biasa memegang watak Johana yang merupakan  seorang gadis kasar agak tomboy sedikit sebanyak mengubah penampilan biasa sebelum ini. Ayda dalam drama tersebut telah memotong pendek rambutnya, berbaju t-shirt besar serta agak kasar lagaknya, walaubagaimanapun hatinya cukup baik sekali.

ayda jebat berhijab

Ayda Jebat sebagai Johana

Itu kisah tentang watak Johana di mana drama tersebut pada masa ini sedang ditayangkan di kaca televisyen saluran TV3 pada setiap hari Isnin hingga Sabtu mulai jam 7.00 malam.

Watak Johana itu sudah pasti adalah sekadar lakonan sahaja dan Ayda tidak sama seperti dalam drama tersebut. Sebaliknya dalam realiti kehidupan sebenar dia begitu berbeza dan lain pula halnya.

Ayda yang telah pun mengikat tali pertunangan dengan rakan artis yang kacak Nabil Mahir beberapa hari yang lalu. Akhir-akhir ini satu ganbar yang memaparkan Ayda Jebat berhijab telah dimuatnaik di Instagram milik beliau dan telah mendapat pujian ramai peminat yang mengikuti laman sosial artis terkenal ini. Walaupun  sebelum ini Ayda Jebat memang pernah tampil dengan imej berhijab dan beliau turut memuat naik gambar tersebut menerusi media sosialnya, tetapi foto terbarunya itu tetap mendapat perhatian ramai.

Wow, Ayda Jebat tampak manis dan tampak ayu sekali! Foto Ayda Jebat berhijab yang dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu telah meraih lebih 60 ribu likes. Rata-rata netizen memvji imejnya itu yang mampu membuatkan ramai cair dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Komen peminat Ayda tentang Foto Berhijabnya

“Kalau Jo berubah jadi yang lebih baik seperti ini..Abang bersumpah takkan cari yang lain”

“Sumpah cantik sangat Kak Ayda bila bertudung”

“Serius lawa tak tipu kalau pakai tudung”

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here