“Baginda panggil saya young lady.” -Pelajar terkedu disapa Agong dalam kelas

0
1168
agong pergi sekolah

Sejak beberapa hari lepas, foto KDYMM Agong masuk ke dalam kelas di SMK Danau Kota, Setapak telah mencuri perhatian.

Baginda juga dilihat turut duduk di dalam kelas tersebut sambil makan bersama-sama pelajar ketika waktu rehat.

Foto tersebut telah dimuat naik ke Instagram rasmi Istana Negara dan menjadi tatapan warganet semua.

 

View this post on Instagram

 

26 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menikmati santapan bersama murid-murid di dalam kelas SMK Danau Kota, setapak, hari ini. Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Di dalam lawatan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga. Ini adalah penting bagi mencegah penularan wabak COVID-19, khususnya di sekolah-sekolah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan untuk kelas peperiksaan awam yang melibatkan murid Tingkatan Lima dan Enam. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan sekolah-sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kesiapsiagaan serta persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan di kalangan guru dan murid sepanjang berada di sekolah. Seri Paduka Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan. Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT. #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Selain daripada foto-foto tersebut, seorang pelajar yang juga murid di dalam kelas yang dijengah KDYMM  Agong telah memuat naik momennya disapa oleh baginda.

Menurut Dharshini, dia mengakui terkedu dan begitu teruja kerana KDYMM Agong memanggilnya young lady ketika dia sedang membelek buku diatas meja.

Menurut Dharshini lagi, KDYMM Baginda Agong begitu humble dan menegur semua pelajar serta guru di dalam kelas. Tindakan baginda membuatkan semua yang berada disitu tersenyum kerana peluang tersebut sangat bermakna buat mereka semua.

Sehubungan dengan perkongsian daripada Dharshini itu, rata-rata mengakui bahawa gadis tersebut begitu beruntung kerana dapat bertemu secara langsung dengan KDYMM Baginda Agong.

Mereka juga mengakui bahawa KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong merupakan pemimpin yang sangat merendah diri serta dekat dengan rakyat jelata.

Sumber: Dharshini, Istana Negara 

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here