Baru nak belanja insan tak siuman minum, lelaki terkejut bil makanan sudah dibayar

0
148


Bersedekah merupakan satu amalan mulia yang sangat mudah untuk dilakukan. Siapa tahu, amalan terpuji itu mampu memberi kebaikkan kepada orang lain.

Selain daripada mendapat pahala, amalan sedekah ini juga dapat menggembirakan orang lain. Walaupun perkara tersebut terlihat remeh, namun besar ganjarannya disisi Maha Pencipta.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai  Zurizwan Zulkifli, dia menceritakan perihal pertemuannya dengan seorang lelaki kurang siuman di kedai makan.

Menurutnya, lelaki tersebut pada awalnya dia melihat lelaki kurang siuman itu seakan dihalau dari kedai makan hanya kerana meminta untuk membasahkan tekak.

 

Hiba dengan situasi tersebut, Zurizwan teah mempelawa lelaki tersebut sama-sama minum dengannya walaupun ketika itu dia datang bersama empat lagi ahli keluarga dan hanya membawa RM20 sahaja.

Namun, tanpa disangka, ketika ingin membuat bayaran, tuan kedai telah memaklumkan bahawa makan dan minum mereka sudah dibayar oleh individu yang tidak dikenali.

Perkara tersebut benar-benar satu keajaiban buatnya dan menyedari kekuasaan Allah apabila niat murninya telah diberikan ganjaran serta-merta oleh Sang Pencipta.

Sebelum pulang, lelaki kurang siuman tersebut telah mengucapkan terima kasih kepadanya serta memohon maaf.

 

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang sangat menarik daripada Zurizwan tersebut telah menarik perhatian rakan-rakan Facebooknya untuk meninggal komen diruangan tersebut.

Mereka telah memuji tindakan lelaki itu dan mengakui bahawa kuasa sedekah sangat besar dan amalan tersebut amat mulia disisi AllahS.W.T.

Sumber : Zurizwan Zulkifli

 

 





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here