Jayden Sudah selesai jalani operation tetapi tak recover dengan baik

0
412

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganjurkan sembahyang hajat di Masjid As-Syakirin KLCC di Kuala Lumpur malam ini.

Ia bagi mendoakan kesihatan anaknya, Jebat Jayden, yang baru saja menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI) pada Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz berkata ia akan diadakan selepas sembahyang tarawih, iaitu kira-kira pukul 10 malam, dan menjemput orang ramai untuk turut sama menunaikannya.

“Sesiapa yang berkelapangan dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid Asy-Syakirin KLCC malam ini, selepas solat tarawih kira-kira pukul 10.

“Dijemput solat tarawih bersama kemudian disusuli dengan solat hajat. Sama-sama membantu di bulan mulia ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon Juvana itu berkata keadaan anaknya semakin positif tetapi belum pulih sepenuhnya.

“Sudah selesai jalani operation tetapi tak recover dengan baik. Tetapi syukur hari demi hari nampak perubahan positif,” katanya lagi.

Jebat yang berusia sembilan tahun dilaporkan mengalami UTI sejak beberapa bulan lalu.

Jebat ialah anak sulung hasil perkahwinan Sharnaaz dengan isteri, Noor Nabila Mohd. Noor, 34, yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sesiapa yg free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid asy-syakirin (klcc) malam ini, selepas solat tharawikh lebih kurang jam 10 lebih.. dijemput solat tarawikh bersama kemudian disusuli dgn solat hajat.. sama sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yg belum tahu, jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia.. dah selesai jalani operation. Namun tak recover dgn baik.. tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari.

Sumber : Malaysia KINI / IG Sharnaaz Ahmad

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here